picture

News

 

51 terima pingat Peringatan Jubli Intan sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka

Posted on 22 Jul 2023
Source of News: Utusan Borneo Online
Abang Johari bersalaman dengan Dr Chan setelah menganugerahkan pingat Pemacu Peringatan Terbilang Jubli Intan kepada beliau, hari ini. - Gambar Penerangan
 
 
 
 
 
 
Abang Johari bersalaman dengan Dr Chan setelah menganugerahkan pingat Pemacu Peringatan Terbilang Jubli Intan kepada beliau, hari ini. - Gambar Penerangan

KUCHING: Seramai 51 penerima dianugerahkan pingat Peringatan Jubli Intan sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka, hari ini.

Penganugerahan pingat itu disampaikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Hotel Waterfront di sini.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan penganugerahan pingat Pemacu Peringatan Terbilang Jubli Intan kepada lima penerima.

Mereka ialah bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Numpang, bekas Pemangku Yang di-Pertua Negeri Datuk Amar Tan Sri Bujang Mohd Nor, bekas Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia Datuk Amar Tan Sri Leo Moggie Irok dan Pengerusi Yayasan Tun Jugah Datuk Amar Tan Sri Leonard Linggi Jugah.

Abang Johari menyemat pingat Pemacu Peringatan Terbilang Jubli Intan kepada Jabu. - Gambar Penerangan
Abang Johari menyemat pingat Pemacu Peringatan Terbilang Jubli Intan kepada Jabu. - Gambar Penerangan

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penganugerahan Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) kepada 46 penerima.

Antara penerima anugerah pingat itu ialah isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang, isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Allahyarham Tun Datuk Patinggi Ahmad Zaidi Adruce Mohd Nor iaitu Toh Puan Datuk Patinggi Rosmiati Kendati dan isteri bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Numpang iaitu Tan Sri Dato Sri Empiang Jabu.

Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian turut menerima anugerah pingat yang sama.

Abang Johari menyemat pingat Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) kepada Uggah. Gambar Penerangan
Abang Johari menyemat pingat Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) kepada Uggah. Gambar Penerangan

Begitu juga dengan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Penganugerahan pingat Peringatan Jubli Intan tersebut dianugerahkan kepada mereka yang telah menyumbang jasa dan berkhidmat dengan cemerlang terhadap pembangunan negeri Sarawak.

  • oleh