News

 

Abang Johari terima kunjungan Menteri Komunikasi dan Digital

Posted on 22 May 2023
Source of News: Utusan Borneo Online
Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi di pejabatnya, Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat. Turut kelihatan Julaihi (kiri). - Gambar Penerangan.
Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi di pejabatnya, Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat. Turut kelihatan Julaihi (kiri). - Gambar Penerangan.

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil di pejabatnya, Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat.

Tujuan kunjungan hormat adalah untuk membincangkan beberapa isu berkaitan komunikasi di Sarawak dan menyelesaikan secara menyeluruh masalah menara telekomunikasi yang belum menyediakan perkhidmatan telekomunikasi.

Menurut Ahmad Fahmi juga, turut dibincangkan adalah perancangan pada masa hadapan termasuk isu yang melibatkan Rangka Tindakan (blueprint) Ekonomi Digital Malaysia 2023-2030 dalam memastikan bidang ekonomi digital dapat diperkuat, boleh dibina dan dikekalkan dalam negara ini.

Sejurus selepas kunjungan, Fahmi mengadakan pertemuan dengan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi di pejabatnya.

Terdahulu, Ahmad Fahmi telah menyantuni para media yang sedang membuat liputan Persidangan Pertama bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 bertempat di Pusat Media, DUN Sarawak.

Fahmi dalam rangka lawatan ke Sarawak bermula semalam sehingga 21 Mei dijadualkan menghadiri Sesi Libat Urus Menteri Komunikasi dan Digital Bersama Warga JAPEN di Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak.

Turut hadir semasa kunjungan hormat adalah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Menteri Komunikasi Awam Sarawak, Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II Datuk Dr Abdul Rahman  Junaidi,  Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah JAPEN Dato’ Mohd Sukari Ab Hamid, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii.