picture

News

 

Premier terima kunjungan hormat delegasi Singapura

Posted on 17 May 2023
Source of News: Utusan Borneo Online
Abang Johari bersalaman dengan Dr Beh setibanya beliau serta rombongan di pejabar Premier Sarawak di Kompleks DUN hari ini. - Gambar Penerangan
Abang Johari bersalaman dengan Dr Beh setibanya beliau serta rombongan di pejabar Premier Sarawak di Kompleks DUN hari ini. - Gambar Penerangan

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Tetap Pembangunan Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura Dr Beh Swan Gin di pejabatnya di Tingkat 5, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Kunjungan hormat itu adalah yang pertama terhadap Premier Sarawak setelah Dr Beh menyandang jawatan tersebut bermula 1 Mei lepas.

Menurut Dr Beh, mengadakan kunjungan hormat terhadap pemimpin rakan kongsi adalah keutamaan serta perkara pertama perlu dilaksanakannya setelah menyandang jawatan tersebut.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Premier Sarawak kerana sudi meluangkan masa serta bertukar-tukar pandangan tentang bentuk kerjasama bagi menyuburkan lagi hubungan antara Singapura dan Sarawak terutama dalam bidang perdagangan dan industri.