Click here for Sarawak Coast Guard Launch pdf files.
TALKING POINTS FOR SARAWAK COAST GUARD LAUNCH
KUCHING WATERFRONT, 7TH APRIL 2021
(1) Yang Amat Berhormat telah mengumumkan penubuhan “Sarawak Coastguard” pada 01.10.2019 dalam majlis perletakkan / penempatan tukun tiruan di Igan/Mukah.
(2) Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM90 juta untuk membeli aset untuk kegunaan “Sarawak Coastguard” yang telah dibentangkan dalam budget 2020 pada 4.11.2019.
(3) Hari ini kita dapat menyaksikan sebuah kapal dan 6 buah bot telah siap iaitu sebuah “Catamaran” dan 6 buah bot “Interceptor” dengan enjin berkuasa 1050 kuasa kuda setiap bot.
(4) Pada tahun ini, InsyaAllah (enam) 6 buah bot jenis Interceptor akan beroperasi di perairan Sarawak untuk menjaga keselamatan nelayan dan sumber asli Maritim di sepanjang pantai negeri ini.
(5) Pembinaan beberapa buah lagi kapal ronda laju untuk meronda persisiran pantai sedang diurus secara tender terbuka oleh JKR.
(6) Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat terhadap kesejahteraan dan keselamatan para nelayan di negeri ini.
(7) Dengan penubuhan Sarawak Coastguard ini, terbuktilah bahawa kerajaan GPS Sarawak sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.
(8) Aset-aset ini juga sesuai digunakan untuk membantu rakyat semasa banjir besar dalam operasi menyelamat dan mencari (Search and Rescue).
(9) Sarawak Coastguard juga berperanan sebagai “Compliment” dan bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa lain samada Negeri atau Persekutuan.
(10) Sarawak Coastguard akan menguatkuasakan undang-undang di bawah Ordinan Negeri khususnya State Fisheries Ordinance 2003, Forest Ordinance 2015, Wild life Protection Ordinance 1998, National Parks and Nature Reserves Ordinance 1998 dan Oil Mining Ordinance (OMO) 1958
(11) Penubuhan Sarawak Coastguard ini juga merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk mewujudkan iklim yang terjamin untuk membolehkan dan menarik pelabur-pelabur asing dalam pembangunan Negeri Sarawak ke arah Sarawak negeri maju pada tahun 2030.