picture

News

 

Premier dijangka sempurnakan Majlis Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Limbang

Posted on 22 May 2023
Source of News: Utusan Borneo Online


KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka hadir menyempurnakan Majlis Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka Bahagian Limbang pada 28 Mei ini di Taman Awam Lawas.
 
Pelbagai pengisian aktiviti telah disusun bagi memeriahkan lagi sambutan termasuk Konvoi Kembara Sarawak Merdeka yang turut akan dilepaskan oleh Premier Sarawak di Taman Awam Lawas pada jam 10 pagi.
 
Lebih menarik, Konvoi Kembara Sarawak Merdeka tersebut akan disertai 40 kenderaan dan 120 motosikal berkuasa tinggi.
 
Pengisian seterusnya pula melibatkan Pameran Digital Sarawak 60 Tahun dan keusahawanan yang melibatkan jualan barangan, makanan, kraf tangan dan lain-lain termasuk 'youth got skill' iaitu program gunting rambut.
 
Aktiviti selanjutnya melibatkan Program Sarawak X-tive iaitu Mega Aerobik Sarawak X-tive yang diadakan di Taman Awam Lawas melibatkan seramai 400 peserta.
 
Sementara itu, Fun Ride Sarawak X-tive juga akan berlangsung di Tebingan Lawas melibatkan seramai 300 peserta.
 
Tidak ketinggalan diadakan Pertandingan Petanque Sarawak X-tive di Stadium Tertup Lawas yang membabitkan seramai 300 peserta.
 
Ketiga-tiga Program Sarawak X-tive ini berlangsung serentak pada jam 8 pagi.
 
Sementara itu, Premier Sarawak turut dijangka menyempurnakan upacara pecah tanah Lepapa Hypermarket & Hotel Roxy di Jalan Merapok, Lawas pada 28 Mei in, jam 2.30 petang.
 
Manakala pada 27 Mei, Abang Johari dijangka mempengerusikan Mesyuarat State Development Coordination Committee di Hotel Seri Malaysia, Lawas.
 
Pada hari sama (27 Mei), beliau juga akan mengadakan lawatan ke tapak projek cadangan pembinaan Jambatan Baru Lawas, cadangan pembinaan Hospital Lawas dan cadangan pembinaan Pusat Pentabiran Bersepadu Lawas.
 
Pada sebelah malam pula, Abang Johari dijangka menghadiri Majlis Makan Malam Komuniti Bersama YAB Premier Sarawak di Stadium Tertutup Lawas.